Tanda-tanda isteri Pregnant
- KHAINIS
- Aug 1, 2017
- 4 min read
Macam yang kami mention di entry sebelum ni, kami nak opening cerita blog kami ni dengan bunga-bungaan sahaja. Taknak cerita stress kalau boleh. Kita hidup kena happy kan. So, untuk entry kali ni kami nak share sikit berita gembira yang tersangat bermakna buat kami berdua. Hee.
Alhamdulillah, setelah 4 bulan kami mendirikan masjid, akhirnya kami diberikan hadiah yang tak ternilai harganya. Walaupun pada asalnya kami plan untuk honeymoon setahun tapi lepas 3 bulan kahwin kami berserah pada Allah S.W.T dek kerana dua-dua dah tak sabar nak ada baby. Hehe. Dan Alhamdulillah kami dimurahkan rezeki apabila dapat berita gembira ni masuk bulan ke 4. Macam mana tahu mengandung?? Haha bukan senang yeee.
Masuk bulan ke 4, isteri dah rasa badan semacam. Semacam macam mana tu?? Ok, to make it short kami listkan terus tanda-tanda macam mana tahu isteri pregnant:
1) Yusuf (anak buah 3 tahun) kata dalam perut isteri ada baby
- Mungkin dia main cakap je tapi start time tu la hati dah terdetik "eh, iye ke ni?" haha.
2) Loya
- Tiba-tiba tekak rasa loya je. Lidah rasa payau.
3) Kepala berdenyut/ bayang
- Selalu attack masa lewat petang nak ke malam
4) Kembung perut
- Perut mudah rasa keras. Nak kata tak makan, makan je. Tapi mudah masuk angin.
5) Mudah mengah
- Jalan sikit rasa mengah mcm baru lepas berlari.
6) Period singkat
- Normal isteri kalau period 7 hari atau lebih tapi bulan ke 4 tu period 4 hari je. Itu pun hari pertama dan kedua je heavy.
7) Senggugut
- Lepas habis period tiba-tiba rasa senggugut. Pelik dah sebab selalunya isteri senggugut sebelum/ semasa period.
8) Demam selsema
- Masa dekat rumah elok sihat walafiat. Elok naik kereta on the way balik kampung pahang tiba-tiba kerap bersin. Tekak rasa perit. Sampai kampung terus demam. Malam tu tekak perit yg amat sangat sampai nak telan air liur pun rasa nak nangis.
9) Muntah
- Masuk awal bulan 5, loya makin kerap sampai dalam kereta pun boleh muntah.
10) Hidung berdarah
- Almost sebulan hidung berdarah on/ off. Yg peliknya bila malam je dia berdarah sb bila malam badan rasa panas dalam. Bukan demam.


Inilah antara tanda-tanda sebelum dapat tahu isteri pregnant. Dan buat pengetahuan semua, berpuluh kali kami try sendiri pregnancy test sampai beratus duit habis dek kerana beli pregnancy test. Asal keluar je mesti singgah pharmacy beli pregnancy test dan almost setiap pagi isteri akan buat urine test dengan kencing yg pertama tapi result negative. Tapi naluri isteri kuat kata ada baby dalam perut. Suami percaya 50-50 sb taknak terlalu berharap selagi tak dapat bukti sb dua-dua dah tak sabar nak ada baby.
Satu hari, parents isteri nak pergi Homeopathy Ustaz Hassan dekat PKNS, Bangi. Isteri pun amik half day sb nak ikut sama. Nak cuba berubat Homeopathy pulak since 3 kali pergi private klinik asyik dapat jawapan yg tak memuaskan dari Doctor. Suami pulak dah risau sb hidung isteri mudah berdarah. Risau kalau ada sakit lain.
Dekat Homeopathy Ustaz Hassan tu la kami dapat jawapan yg memuaskan. Ustaz cuma suruh letak tapak tangan atas meja dan terus 'scan' apa sakit kita (tanpa sentuhan ok). Ustaz terus kata dah ada isi hehe. Dan Ustaz suruh cuba lagi buat pregnancy test besok. Insya-Allah nampak resultnya nanti. Masa tu dah mula rasa happy 50%. Suami pun sama. Lagi 50% hold dulu sb nak buat pregnancy test dulu. Kalau positive baru boleh ber-huhuhuhu 100%. Haha.
Esoknya awal pagi isteri dah mula excited nak buat pregnancy test. Suspen dia lain macam ok. Yela, sb Ustaz dah bagi harapan kan. Kalau tak betul siapla Ustaz hehe. Lepas buat tu, tak sampai 2 minit tiba-tiba naik 2 line samar-samar. Masa tu terus secara spontan keluar airmata. Rasa gembira, sedih, terharu semua ada. Terus tunjuk dekat suami. Suami pun sama happy tapi suami nak ajak beli Clearblue digital supaya lebih confirm.
Hujung minggu tu kami beli Clearblue digital dekat pharmacy. Harga memang mahal la compare dengan pregnancy test yg lain sb Clearblue ni sangat accurate dan dia akan keluar sekali umur kandungan kita tu. Masa kami beli tu harga dia dalam RM30-40 tak silap. Boleh guna sekali sahaja k. Macam pregnancy test yg lain.
Macam biasa isteri try pulak guna Clearblue tu awal pagi. Dapat result terus kejutkan suami dan suami terus tersenyum dengan muka habis mamai bila tengok result haha. Terus suami bagi morning kiss secepuk dekat isteri. Syukur Alhamdulillah, kami triple confirm kandungan isteri dengan buat scan 2D di Klinik Medisina di Seremban 2 betul-betul depan Mydin. Klinik sangat bersih dan kami berurusan dengan Doktor Amin. Kalau nak Doktor perempuan pun ada cuma kena tahu sesi diorang bila. Sejak dari tu kalau nak scan je kami ke klinik tu sb explanation dari Doktor Amin pun bagus dan harga pun not bad only RM40 untuk scan 2D. Kalau nak scan 3D/ 4D pun ada disediakan. Layanan staff pun sangat puas hati.

So, itu sahaja yg dapat dikongsikan. Walaupun almost sebulan try pregnancy test tapi result negative, tapi dengan kesabaran kami, Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Sekarang kandungan isteri dah nak masuk 4 bulan. 1st trimester agak mencabar sb isteri mabuk dengan bau masakan, bau nasi, bau busuk. Selera makan pun kurang. Asyik nak makan western food je. Nasi kurang makan. Masuk 2nd trimester, Alhamdulillah selera makan isteri kembali hehe.
Semoga kandungan ini akan terus sihat dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.
Comments